Jumaat, Oktober 10, 2008

Apa alternatif Anda (II) ?

Demokrasi, dalam kecelaruan politik negara semua orang berpikir berdasarkan demokrasi. Dengan usaha dan pemikiran untuk melakukan apa sahaja demi mendapat undi yang lebih, biarpun terpaksa menipu, rasuah, fitnah, berpecah belah, termasuk bunuh membunuh nyawa mahupun karier politik. Lawan dan teman bersilih ganti demi survival politik masing-masing. Boleh kata, tiada yang bersih dari busuknya palitan lumpur kontraversi dek sistem demokrasi yang kita pilih. Benarkah hanya sistem demokrasi dapat membawa kemakmuran??

Betulkah? Berapa banyak kah ketamadunan yang berjaya dihasilkan oleh sejarah berdasarkan demokrasi? Berapa banyak pulakah ketamadunan yang dibangunkan atas sistem feudalisme, diktatorisme, communisme, anarkisme, sosialisme, teokrasi, monarki, republic, mahupun khilafat telah berjaya dibangunkan dan kebal daripada manipulasi sistem politik yang membawa kepada keruntuhan tamadun terbabit? Tiada!

Lebih-lebih menyedihkan, apabila sebuah negara yang aman bertukar menjadi huru-hara akibat usaha kononnya untuk mendemokrasikan oleh beberapa kuasa besar dunia. Dan berapa banyak pula negara yang dikucar kacirkan oleh pemimpin politiknya sendiri dek keinginan nafsunya untuk berkuasa..

Sistem hanyalah sandaran set-set prinsip untuk pemerintahan, dan dipenuhi ruang-ruang yang cukup luas untuk sesiapa sahaja yang busuk hati untuk merosakkan sistem itu ketahap yang paling buruk. Jadi, apa pilihan anda??

1 ulasan:

Naim berkata...

sekurang-kurangnya dalam demokrasi ada lagi ruang untuk Islam didaulatkan.
Jika tidak, masakan Ikhwan al-Muslimin menceburkan diri dalam politik dewasa ini. Cuma ada yang bertanya, kenapa zaman Imam Hassan al-Banna dan Sy. Qutub dulu mereka tidak sertai pilihan raya Mesir? Jawabnya, ketika itu keadaan sangat tidak mengizinkan. Mereka sendiri dibunuh lantaran cubaan menggugat kuasa politik pemerintah.

@naimisa